Monday, November 8, 2010

benarkah motorsikal tungganganku hilang?

Benarkah motorsikal tungganganku hilang? yup..benar.Motor yang dibeli pada tahun 2001 itu telah hilang. Tersentak..tetapi...tapi apa??,,huhu
ni yang syok ni, selepas beberapa jam kehilangannya aku mendapat berita yang maksudnya motor kepunyaanku telah ditemui...alangkah gembiranya diri ini..Tuhan saje yang tahu..(^.^)..

Kejadian ni berlaku pada 8 Nov 2010 di sekitar Seberang Perai P.Pinang. Ramai yang bertanyakn perihal itu dan ade pula yang mnyatakan kemungkinan. X kisahlah, yang penting da jumpa..=p


"jumpa kat mana tu? memang betul ilang or salah letak?terkejut plak aih dpt msg td.."


"mana ada ilang tu..
di kabur kan saja tu...
rabun kot..
x nampak..

tapi alhamdulillah...."

' copy paste',,hehe

jgn mara no..hihi

'so',,itu la antara beberapa keping komen yang diterima.

kesimpulannya ramai sahabat yang x tau cerita sebenar. Yg benarnye, mmg hilang..yang aku syukuri hilangnye bebera jam aje..

la ni aku nk tulis, aku nk crite cerita sbenarnya dari a smpai z, cmne boleh hilang, cmne leh jumpa balik,cmne aku buleh p c2, knpe aku pegi tempat 2,,hehehe

Isnin, 8 Nov 2010

Aku bangkit agak awal hari ni. Sebelum tidur memang aku berniat ingin bangkit awal sedikit. Aku capai 'handphone' 'secondhand'ku lalu menarik butang buka kunci. Aku kunci jam pada pukul 5.15 a.m.

Setelah terjaga dari tidur, mataku terus melekat pada 'laptop' yang masih belum ' shut down' lagi. Pantas aku bangun dan mencapai komputer riba yang dibeli setahun yang lalu. Jendela yang kaku aku kuakkan sedikit untuk menikmati tiupan angin fajar yang sememangnya nyaman. Diakui semua orang. Tetapi berbeza pula keadaanya bagi yang menetap berhampiran kawasan perindustrian. Saban hari terpaksa menghirup udara yang tidak sihat. Tentu sekali merosak kebahagian hidup yang diburu. Hak terasa tercabul. Baik kamu buat sesuatu, sampai bila ingin menjalani kehidupan yang sebegitu?

Ku pandang ke luar jendela. Masih kabur. Hanya sekawan burung yang kelihatan terbang ke hilir.

Tanpa berlengah, aku menggerakkan jari menyentuh 'keyboard' laptop. ' Login Facebook'.

Sempat juga aku ber'chating' dengan sahabatku. Kebetulan sahabatku ni terjaga awal juga. Namanya dalam 'facebook' Abu Taufiq. Nama sebenarnya Ammar Irfan Abd Rahim.

Semasa berbalas mesej aku sempat memberitahunya yang aku ingin ke rumahnya pagi ni.

Aku ingin memulangkan dua buah novel yang aku pinjam sebelumya. Sudah lama novel itu berada denganku. Seperti aku pula pemiliknya. Itu yang aku fikirkan, apa pula katanya nanti.

Sinaran malas matahari sedikit menyilaukan mataku. Huh! pagi-pagi begini seronok juga kalau sambung tidur. Ah! mana boleh, tak elok tidur selepas subuh. Lagi pun aku ada tugas yang perlu di selesaikan. Memulangkan novel milik sahabatku.

Timbul juga rasa malas. Pagi yang dingin. Aku gagahkan diri dengan sedikit kudratku yang tak terdaya. Aku capai kunci motorsikal yang aku gantung pada pintu almari. Memang di situlah selalunya aku simpan. Bukan setakat kunci motor, segala kunci yang aku milik tergantung disitu.

Perlahan langkahku menuruni anak tangga menuju ke parkir motor. Tanpa berlengah aku hidupkan motorku yang ' kesejukan'.

Topi keledar telah ku pakai. Dengan pantas aku tunggang motor munuju ke rumah sahabatku. Belum sempat bersarapan. Lapar juga. Kebiasaannya aku bersama teman serumah sama-sama bersarapan. Kedai Sharifah. Itu lah nama gelaran kedai yang selalu kami turun mengisi perut. Rasanya nama itu tidak asing lagi di kalangan pelajar UiTM Pulau Pinang. Lebih-lebih lagi penghuni Kolej Mutiara. Kedai yang sentiasa dipenuhi pelanggan.

Alhamdulillah. Setelah menunggang selama beberapa minit aku selamat sampai di rumahnya.

Lega. Dipendekkan cerita dia mengajak aku bersarapan. Sempat juga aku menikmati sebungkus nasi lemak. Segelas teh tarik menjadi pelengkap selera pagi. Alhamdulillah, kenyang.

Aku memandang keadaan sekeliling. Ramai pelanggang ketika itu. Bermacam ragam. Maklum la kan. Banyak manusia, banyak ragamnya.

" aiii..banyak makan irfan?" usikku melihat dia menambah lagi sebungkus nasi lemak.

"tak kenyang," seukir senyuman kelihatan sambil menjawab pertanyaanku.

Aku senang dengan keadaan itu. Entah kenapa, ada juga rasa bahagia saat itu. Rasa bahagia kerana melihat keletahnya yang sidikit nakal. Bahagia kerana Allah mempertemukan aku dengannya. Seorang sahabat yang baik. Susah mencari sahabatnya sepertinya zaman sekarang. Banyak juga aku bertanyakan ilmu agama padanya. Dia lebih arif dariku tentang agama. Rasa beruntung dapat mengenalinya.

Usai makan, kami mengatur langkah ke rumahnya. Dari kedai makan jelas kelihatan flat tempat tinggalnya. Itu merupakan rumah sewanya. Dia bersama tiga sahabat lain menjadi penyewa rumah itu hampir setahun yang lalu. Aku merupakan salah seorang yang sering bertandang ke rumahnya.

Setelah hampir sejam kami berbual di rumahnya, aku minta izin untuk undur diri kerana aku ada tugasan lain yang perlu dilaksanakan. Maklum la, aku merupakan seorang pelajar. Lagi dua hari aku akan berhadapan peperiksaan akhir. Aku harus membuat persediaan rapi untuk menang dalam pertempuran itu. Itulah tanggungjawab yang perlu aku lunaskan.

" em..irfan, aku balik dulu ya."

" hurm..baiklah," jawabnya membenarkan aku balik.

Alamak!!!

Terkejut. Motorsikal ku hilang. Motorku tiada di tempat yang aku letak sebentar tadi. Perasaan ku serta merta berubah. Kalau tadi bahagia, kini derita. Marah pun ada.

" siapa punya kerja ni," getus hatiku. Puas aku mencari. Tak jumpa juga.

Aku menelefon irfan sahabatku.

" Assalamua'alaikum...irfan, mo..mo...motor hilang," tak dapat meyembunyikan perasaan ku ketika itu. Masih terkejut. Ye la kan, motor hilang. Motor itu la yang aku guna untuk ke kampus. Motor itu lah yang aku guna, sahabat-sahabatku guna untuk kemana saja. Tetiba hilang. Terasa patah sebelah kaki.

" Wa'alaikummussalam... tunggu kat bawah, aku turun," perintahnya dengan sedikit nada cemas.

Seketika dia berjalan menghampiriku.

" betul ke hilang," tanyanya seolah aku bergurau.

" be...betul irfan, tadi aku letak kat sini, tetiba hilang," tegasku.

" dah tefon mak ke belum."

" em...belum lagi."

" cepat bagi tau mak."

" baiklah," aku menurut je apa yang dia nasihatkan.

........................................................................................................................................
Terketar-ketar aku menelefon mak. Bimbang dimarahinya. Apa aku nk jawab nanti. Macam mana perasaannya nanti. Macam-macam yang aku fikir. Sungguh berserabut. Fikir nak ' exam' lagi. Adoi...mati aku kalau macam ni.

" Hello...mak."

" Mak kat dapur," jelas kakakku.

" Boleh cakap ngan mak?" pintaku segera.

" Mak sibuk tu, tefon sekejap lagi."

" Cepatla, kejap je...penting ni" balasku agak tegas.
..........................................................................................
Ibuku sekarang berada di panggilan. Entah macam mana nak mula.

" Mak, ada benda nk bagi tau ni."

" Apa dia?"

" Em...motor hilang!" jawabku.

" Ha..! mcm mana boleh hilang? letak mana? Tak kunci ke?" belambak soalan ditanyanya.Tambah memeningkan kepalaku yang kusut.

" Kat rumah kawan...tetiba hilang...selalunya ok je, nk bwt cmne benda nk jadi mak," terangku perlahan.

" Hurm...bwt 'report' tak lagi?" tanya ibuku.

" Baru nak pegi ni, ok lah mak," jawabku ingin menamatkan perbualan. Mungkin agak kasar. Apa boleh buat, jiwaku tertekan saat itu. Hilang pertimbangan.

Tanpa membuang masa aku mengajak irfan ke Balai Polis untuk membuat laporan. Selesai membuat laporan, irfan menghantarku pulang.

Kepenatan. Aku terlelap. Terlelap dalam kebimbangan.




" Rol...rol...bangun, bangun rol."

Satu suara tiba-tiba muncul dalam lenaku. Suara Irfan mengejutkanku.

" Hurrmm....ye?" jawabku masih mamai.

" Cepat bangun rol, aku dah jumpa motor kau,"

Agak terkejut jugak. Macam mana secepat itu boleh jumpa.Tak sampai 12 jam. Rasa gembira mencuri masuk diriku. Gembira teramat sangat. Kerisauan mula beransur hilang.

" Jumpa kat mana irfan? siapa yang jumpa? Polis ke?" Tanyaku ingin tahu.
" Hamdi yang jumpa," ringkas jawabnya.

Hamdi merupakan teman serumah irfan, juga merupakan sahabatku.

" Ketika pulang dari kedai Hamdi ternampak motor kau dekat parkir bawah tu," Jelas Irfan.

" Jom...kita pegi ambil motor kau, lepas tu kita pergi batalkan report. Pasal motor tu kau jangan risau. Aku dah mintak Hamdi tolong tengok-tengokan," tambahnya lagi.

" Alhamdulillah...akhirnya jumpa balik," Bisikku.

Berkat doa sahabat-sahabat motorku dipulangkan semula. Tadi semasa di Balai Polis aku sempat maklumkan kepada seorang sahabat serumahku perihal ini. Hafizuddin Ali. Mungkin dia sudah sebarkan perkara ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah.

Setibanya di Balai Polis segera aku maklumkan kepada Pegawai Polis yang bertugas tentang perkara itu. Beliau menanyakan keadaan motorsikal ku, macam mana boleh jumpa balik. Aku terangkan sebagaimana yang berlaku. Beliau mengangguk faham. Segera beliau membatalkan report.

" Nasib baik jumpa balik, kalau tak patah sebelah kaki. Kan student, macam mana nk pegi belajar," Jelas Pegawai Polis Wanita itu sambil melirikkan senyuman manis.

" Em..Betul tu Puan, terima kasih ye," Jawabku sambil menundukkan kepala tanda menghormatinya.

Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku saat itu. Terasa ingin melompat je. Segala Puji bagi Allah. Allah Maha Kuasa keatas segala sesuatu.

...................................................................................................................

em.......rentetan peristiwa yang ringkas itu ramai yang bertanya.
" betul ke hilang, salah letak kot"

saya x salahkan mereka sebab kalau saya berada di tempat mereka saya pun akan bertanyakan soalan yang sama.

Maklum la, hilangnye kejap aje..lepas tu jumpa dekat tempat 'parking' tu juga. Cuma berubah kedudukan dan tidak berada tempat asalnya.

INI KISAH BENAR!!! HEHE







Sunday, November 7, 2010

kasih seorang bapa pada anak..anak adkah kasih akan bapa?

alkisah pada suatu petang. cuaca panas terik. sesiapa yang berada diluar akan terasa la bahang yang sebenar ketika itu kerana yang berada dalam rumah pun sudah tidah tertahan. panasss..!!!

terpikir sejenak.ini baru panas dunia, matahari pun masih jauh..bygkan di mahsyar nanti. matahari hanya sejengkal dari kepala. bygkanlah sendiri. x tertulis dicini.hoho..lu pk la sndiri....hu3

alamkk.. da jauh melencong ni. tadi kata nk citer psl kasih seorang bapa...:)

ntah cmne nk stat xtau la,,,biasa la...mase spm dulu giat jge mnulis..skrang??

xusah dok ckap la,,mmbace pn malas..hahahaha

mule balik ye.

alkisah pada suatu petang. seorang bapa sedang.....sat,,baru 3 tahun jadi bapa ni..hihi

si bapa sedang mncari sesuatu. dkat suatu sudut si bapa mmbilek sesuatu, ntah apa yang dicarinya..klihatn serius ajer wjahnya.

sape2 yang ade dc2 pasti x brani nk mngurnye...so..tgok je la..hii

darlingnye...sape???isterinye la..sape lagi...hoho

dye pnye darling sedang asyik mnonton tv seolah2 x prasan laku suaminye..

sedang asyik dengan kerjanya..si bapa tadi la..

tiba2 anknye yang berusia 3 tahun tersebut mndekati ayhya dan mmujuk nk men beskal..

kncang jantungku bkerja kali ni.. bmbang dimarahi si bapa..maklum saje la ayhnya kan sedang 'busy' 2..xnmapk ker??wkakkaka

"ayah, nk men basikal"

" nanti petang ckit la" tegas ayahnya.

" ayah...nk men beskal" ulang budak 2 seolah x mngerti bicara ayhnya.

" petang ckit ye, nanti petang kita main"

lega aku..sngkaan aku mleset, ayhnya x marah pon..pyabar sungguh..

huuhu

" ayah, nk main beskal"

sperti biasa anknye mmjuk dan sperti biasa juga bapanya mnjawab tanpa ada rasa marah pon.ttur bcara si bapa langsung tiada marah..hebat sungguh. tngah2 tension pon masih mampu kwal keadaan...hebat!!

" nanti petang la ye" ulangnya lagi.

sbenarnya sdah mnjadi tabiat bdak 2 klau petang2 wajib men basikal.2 la sebbya..sudah mnjadi ruting harian rupanya.. kalau mcm kita plak.hari2 mesti mau nasik...hahahaha

betul la kan...ke awk makan coklat je,, xkenai nasik..hamboihh..' mat saleh' nye kamu..wkakakaka

permintaan si anak tidak dpenuhi. kesian sungguh...sbar ye dik..bkan sngaje bapamu berbuat demikian. dia 'busy' 2...ho3

" ayah nk pegi mane 2, nk ikut"

klihatan si bapa sedang bersiap. nk keluar agknye tuh..

" ayah nk pegi kerja, adik duk kat rumah ye"

" nk ikut" rintih si anak.

" x boleh la, ayah nk pegi kerja ni"

si anak mula mrengek. saje buat cm2,,nk mnta smpati..huhu

ksabaran si ayah masih di tahap seperti tadi...laayaaannnn je kerenah anak...

itula,,kasih seorang bapa trhdap anak,,kan3?? :)

aku rase kalau xde perasaan kasih c bapa tadi, da lame bdak 2 telan pnmpor 'free',,hehe

kasih seorang bapa terhadap anak tidak berpenhujung..

persoalannya, adakah si anak mngasihi seorang bapa seperti dia dikasihi bapanya..belum tentu..

kerana ape??....ade bukti ker??

ade,,,sebab ramai c bapa menghuni di rumah org2 tua..mane anknya??? wallahu'alam..

org tua dbunuh,

bapa sendiri di sembelih..

bapa sendri di ugut.....mcm2..

pssstttt!!

tiba2 teringat kt kg,,bgaimana keadaan ayahku..

tidak lupa juga ibu tercinta..

da makan ker??? makan ape ye???

tidur lena kah semalam??

dari jauh hanye mampu mndoakan kebahagiaan org tua.

" YA ALLAH, Engkau ksihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana dia mengasihani ketiaka aku kecil,,amin".

INGAT YE,,JANGAN MENSIA2KAN KEDUA ORG TUA KITA. MEREKA TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK MELIHAT KEBAHAGIAAN ANAKNYA.

JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI