Wednesday, December 1, 2010

TIPS SEBELUM DENGAR KULIAH N UMPAMANYA

hurm....
dulu kan, aku ada ikuti satu kuliah. Bila tu x kisah la..huhu
Ustaz ni ada bagi panduan or tips sebelum nk dengar kuliah. Ceritanya bermula begini.

" baik, saya perlukan dua orang individu untuk bantu saya," beritahu ustaz.

agak lama, tiada siapa berdiri,,huhu

aku sendiri takut mau berdiri...padahal bkanye ada ape pun, bkanye ustaz nk makan aku,,ho3

bukan ape, gugup skit. Maklum la ramai orang masa kuliah tu. Pompuan lagi ramai. Xde tirai plak tu. Segan la jugak nk bangun.

Tak lama lepas tu, ade dua orang pompuan ( gadis) berdiri. hii

" Wah...beraninya," tersenyum sendirian.

hehe

bagusnye depa.

" Boleh tolong saya ambilkan dua biji botol," perintah ustaz.

Tanpa berlengah, mereka berdua melakukan apa yang ustaz suruh.

" Ustaz, ni botolnya."

" Sekarang kamu pergi penuhkan dua botol tu dengan air."

Sejurus selepas tu.

Mereka berdua penuhkan botol tu dengan air seperti yang dikehendaki ustaz.

" Dah ustaz," beritahu mereka beserta dua botol yang dipenuhi air di tangan mereka.

" Mari ke depan."

Segera mereka ke depan dengan lagak yang agak segan. Malu la tu kot.huhu

Ustaz mengarahkan mereka untuk meletakkan kedudukan botol...em..cmne nk terang erk,,susah jugak ni..huhuhu

Aku cuba ye..harap2 faham...kalau tak faham tu buat2 faham la ye,,hihi

Baik...keadaannya macam ni.

Dua orang budak pompuan tu berada dalam keadaan berdiri. Masing2 memegang sebiji botol. Botol yang penuh dengan air. Botol yang ditutup dengan penutup.hehe. Korang imagine sendiri la ye..=p

" baiklah, sekarang kamu berdua ikut apa yang saya suruh," tegas ustaz.

" Seorang dari kamu letak botol pada posisi atas, sorang lagi letak botol pada posisi bawah."

" Ok...sekarang saya nk kamu, yang letak botol pada posisi bawah...tuangkan air ke dalam botol yang berada di atas," perintah ustaz sambil menguntum senyum.

Aik...aku da pelik, ade ke patut camtu. Mana mungkin air dalam botol bawah boleh melompat masuk dalam botol yang berada di atas.

" Ustaz, botol yang kat atas tu pindah bawah," cadang sorang rakan.

" Ok, pindah botol yang kat atas tu letak posisi bawah, sekarang tuangkan air yang ada dalam botol posisi atas tu ke dalam botol yang berada di bawah."

Em...masih tak boleh kan? penutup tak bukak lagi. Macam mana air nk masuk dalam botol tu.

Lepas tu ustaz suruh bukak penutup botol kat bawah tu. Kemudian, ustaz suruh tuang air ke dalam botol tu. Botol yang kat bawah tu la. Air dari botol atas ke botol bawah.

Apa yang kelihatan? boleh bayang tak?

Hurm...bila dituang. Melimpah kluar la air dalam botol kat bawah tu. Basah lantai..hoho.Betul tak?


Betul la, kan kedua2 botol tu penuh dengan air.

Tau tak apa jalan penyelesainye? Simple je jawapannye. Kena buang dulu semua air yang ada kat dalam botol posisi bawah tu. Barulah kesemua air yang ada dalam botol atas tu boleh masuk dalam botol yang berada di bawah..:)



Faham tak pengajaran cerita ni?..huhu..

Dun wory,, aku cuba terangkan.

BAIKLAH...

First.

Dua biji botol, satu kat atas. Satu kat bawah. Botol kat atas tu ibarat kita la.

Botol kat bawah ibarat penceramah.

Em..cmne la nk dapat input kalau kita meninggi diri, bongkak, sombong. Nk dengar kuliah or umpamanya kita kenalah merendah diri. Jangan rasa dah pandai sangat. Even kalau kita dah penah dengar kuliah tu sebelum ni, kita dah tahu isi kuliah tu. Kita masih perlu merendah diri.
Jangan meniggi diri ye. Sekejap je Allah boleh tarik ilmu yang kita ada tu.

Second.

Setelah botol kat atas dipindahkan ke bawah. Air stil xleh masuk sebab penutup tak bukak.

Keadaannya camni, setelah kita merendah diri nk dengar kuliah,,,kononnye lah...huhu, minda kita mestilah terbukak. Bukak minda.. Ya, ingat tu bukak minda. Camane nk dapat ilmu kalau minda tertutup.huhu

Third.

Penutup botol da bukak, tapi air dalam botol kat bawah tu masih ada. Bila dituang air kedalamnya, melimpah kluar la air dalam botol tu. So, kena kosongkan air dalam botol kat bawah tu.

Dah bukak minda, tapi dalam diri masih penuh dengan anasir2 lain, masih berserabut dengan benda lain. Fikiran melayang kat tempat lain, masih berangan. Hurm, tak masuk jugak apa yang didengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. ish3..sia2 dengar kuliah. Tak dapat input..hu3

Harap2 u all boleh faham,.,.
..(^.^)..
Memang susah nak faham..betui aku habaq hang, kena praktikal jugak.=p