Sunday, January 9, 2011

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH S.W.T

Assalamua'alaikum w.b.t

Salah ukhwah saudara-saudaraku sekalian dan bertemu kembali dalam medan Awan Putih. Laman sesawang yang jika diabadikan sebaiknya akan menjadi nilai penting dalam hidup kita terutamanya mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.

Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sekali lagi kita diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi Allah ini. Di beri kesempatan oleh Allah untuk menginsafi dosa-dosa yang lalu. Masih diberikan kesempatan untuk beribadah kepada-NYA sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kasih sayang-NYA.

Alhamdulillah...kita masih berpeluang menunaikan segala yang diperlukan sebagai seorang khalifah diatas muka bumi ini.


HARI INI ANA INGIN BERKONGSI SEDIKIT KISAH
KEDEGILAN NAFSU MENURUT PERINTAH ALLAH.

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XII Hijrah, menerangkan sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : " Wahai akal menghadaplah engkau." Maka akal pun menghadap kehadapan Allah S.W.T kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: " Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud: " Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata," Engkau adalah tuhan yang mencipta aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:" Wahai akal, tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan Nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud:" Wahai nafsu mengadaplah kamu !', Nafsu tidak menjawab sebaliknya
mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:" siapakah engkau dan siapakah aku?". Lalu nafsu berkata," aku adalah aku dan engkau adalah engkau." setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:" siapakah engkau dan siapakah aku?". Lalu nafsu berkata," aku adalah aku dan engkau adalah engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:" Siapakan engkau dan siapakah aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, aku adalah hamba-MU dan Kamu adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut diterangkan juga bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini, dapat kita ketahui bahawa yang bernama nafsu itu sangat jahat dan degil. Setelah 100 tahun diseksa dalam neraka
jahim namun masih berdegil.

Oleh itu marilah sama-sama kita mengawal hawa nafsu kita jangan sampai kita dikuasainya.

Teringat kata pujangga.

"nafsu, didik perlu dilayan jangan"

Wallahua'alam..

2 comments:

  1. Mahu merubah nafsu ammarah kepada mutmainnah merupakan jihad yang sangat sukar

    ReplyDelete
  2. yup..jihad melawan hawa nafsu sangat berat,,.
    walaubagaimanacarasekalipun usaha yang bersungguh2 perlu diusahakan..;)

    ReplyDelete