Wednesday, January 12, 2011

Lidah

Lidah oh lidah...
Setiap insan mempunyai lidah sebab selama saya hidup tak pernah dengar lagi insan yang tidak berlidah. So...setiap manusia itu dikurniai lidah. Ada bantahan? sila utarakan...hehe...tak marah pun.

Fungsi lidah meranakkan jika tak reti guna. Sebaliknya sangat besar manfaatnya bagi sedar diri siapakah dia. Hamba Allah yang hina dina. Xda ape pon kita ni. Jangan nk sombong, bongkak, riak and takabbur.

Lidah...bendanya kecik aje, kat dalam mulut. Memainkan peranan yang besar. Sangat besar. Ye...besar.

Bentuk kecil, ternyata punya daya rosak yang sangat hebat (dahsyat) bila tak dipelihara dengan syariat.

Pergaduhan, permusuhan, pertengkaran, kebencian, perceraian bahkan boleh menyebabkan pembunuhan (kejam) dek kerana lidah. Kata-kata yang tidak terkawal (cakap lepas), sesuka hati tanpa befikir. Mungkin inilah orang-orang yang pentingkan diri, pentingkan pangkat, pentingkan harta, pentingkan dunia melebihi pentingkan akhirat.

* saya pun xmau la cakap lepas even kat alam maya ni (tulis lepas kot). Cmne nk cakap kat sini, korang tak dengar. huhu

Kekalau la ada saya menyusun 10 jari mohon ampun, tak cukup jari tangan tambah jari kaki.

Pada zaman sekarang, realiti membuktikan bagaimana kerosakan terjadi kerana terlampau banyak bicara. ( Saya pun khuatir terlebih bicara)

Fitnah di mana-mana, adu domba, mengunjing wujud di pelbagai penjuru. Akibatnya pihak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kesian...

Ramai pula yang suka membesar-besarkan cerita yang tak sebesar mana pun. Saja je si batu api ni. Aku belasah baru hang tau.

" perkara yang kecil dibesarkan, apatah lagi yang sudah besar"

Gitulah orang kita. Something perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini dari terus melarat merosak diri, bangsa dan agama.

Solusinya dah ada. Sekian lama telah ada. Cuma tidak dilaksanakan je...itulah poblemnye. Faham2 la ye apa penyelesainya.

Jom manfaatkan lidah dengan menambah saham di akhirat. Zikir, baca al-Quran,dakwah, nasihat-menasihati, panggil sayang kat bini ke( pahala jugak tu) n many more.

Sepotong Hadis: " Dua lubang yang terbanyak memasukkan manusia ke dalam neraka, iaitu mulut dan kemaluan."

Jom pakat muhasabah diri. Di manakah kita. Semoga tidak tersasar dari landasan menuju Syurga.. ^_^





2 comments:

  1. Lidah ku ini rupanya membunuhku dalam senyap
    ketika aku membuka mulut berbicara
    dia mengintai mahu menikamku
    maka kerana itu aku bercega

    merapat bibir serapatnya...
    agar lidahku tetap tersimpan elok

    ReplyDelete
  2. wah3..gaya seorang penulis,,.
    betul3..
    lidah mampu menjadi pembunuh kejam..

    ReplyDelete