Monday, January 10, 2011

KULIAH::PENSYARAH::PELAJAR

Bismillahirrahmanirrahim...

Isnin, 10hb 1 2011

Minggu kedua kuliah yang ku tempuhi. Kalau minggu lepas masih ramai lagi pensyarah yang tak hadir kelas. Minggu pertama minggu yang meyeronokkan sebenarnya. Pasti ramai yang sependapat dengan aku. huhu

Mana tidaknya, kebanyakan minggu pertama pensyarah just memperkenalkan diri dan kami minta diperkenalkan. Normally no.fon, no bilik, nama dan sedikit latar belakang diri (perihal peribadi). Itu beliau la, pensyarah. Kami pula cerita nama, asal mana, nk panggil apa. Benda-benda cm 2 la. Simple je...x perlu lebih2..hoho

" Nama saya Azrol b. Jusoh, sy berasal dari terengganu, Puan boleh panggil saya Azrol".

Ha...yang kat atas tu contoh perbualan la...contoh la...huhu..sesi perkenalan.

Selepas sesi perkenalan, boleh dikatakan kesemua pensyarah akan huraikan sedikit tentang isi kandungan mata pelajaran tersebut.

Seronok la...lepas tu bersurai...hooraayyy!!!..huhu

Itulah minggu pertama, mungkin ada segelintir pensyarah aje yang mulakan kuliah. Nasib la..bergantung pada beliau la, lain beliau lain caranya. Betul tak?..huhu

Fuhh!!!
Minggu kedua...hari isnin, kelas bermula pada pukul 8 pagi berdasarkan jadual yang telah disusun.

Alhamdulillah, aku yang sampai dulu sebelum beliau masuk.

Jeng3..

Beliau pun melangkah masuk ke kelas. Dari jauh ku curi pandang beliau.

Dari riak wajah, pertuturan dan nada suara aku dapat mengagak beliau ni seorang yang tegas.

Dan jangkaan aku sikit pun tidak meleset...ceh3, lagak pandai la tu,hoho

Seorang yang TEGAS dan SERIUS..;)

Aduss..mampukah aku habiskan kuliah selama 4 bulan bersamanya.

Bukan ape, sebelum ni tak pernah hadapi pensyarah setegasnya.

Aku pun tak biasa dengan keadaan yang cm ni. Xpe2...kena biasakan jgk.

Masa terus berjalan, beliau memulakan kuliah dengan tegasnya. Bermula dengan bab yang pertama. Hurm...ada ke yang bermula dengan tajuk yang akhir??
xtau la cek,,hehe

Alhamdulillah, setelah sejam kuliah...masa pun tamat, aku pun apa lagi kemas barang masuk beg.

Dalam benak fikiran: " Ok rupanya beliau ni".

Rasa yang pelik-pelik tadi, takut lah, apa2 je la..terus melayang hilang entah ke mana.

Aku cukup selesa dengannya. Cara dia mengajar pun cukup bagus, baik, mudah nk faham...alhamdulillah. Tinggal aku je nk kena usaha. Rajin dengan Malas je.Kan3?

Kalau malas semua benda tak jadi, kalau rajin pulak? InsyaAllah...impian jadi kenyataan. Begitu lah hendaknya.

" Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Secangkir peribahasa indah, telitinya dan jadikan pendorong untuk berjaya.

Ada hikmahnya aku mendapat beliau yang tegas. Secara otomatik aku akan lebih rajin, lebih bersungguh ulangkaji. Bimbang dimarahinya.

Ish ...tak boleh jadi ni, belajar bimbang dileter. Tak ikhlas ni. Tak boleh2...Niat kena ikhlas,.,huhu

"Ya Allah...betapa sucinya ikhlas itu. Bimbinglah aku untuk menjadi seorang yang ikhlas keranaMU".

Belajar rajin2, bagus3...disamping itu ilmu agama kena cari jugak..ye la belajar jugak,,:)

InsyaAllah...

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Garang sangat ke pensyarah tu. Garang-garang pun bukan dia bawa rotan pun... tak payah takutlahhhhh...

    ReplyDelete
  2. wsalam..hehe
    ok je beliau tu,.,.
    first time jumpa macam2 duk pk..
    skrg seronok ada la.

    ReplyDelete