Monday, January 3, 2011

nK bRjaYe...OrK, TebEnG, cArE


Ada pun 'ORK', 'TEBENG' dan 'CARE' merupakan bahasa terengganu. ' Care' juga merupakan bahasa inggeris, tetapi sebutannya tetap berbeza.Tahniah bagi yang memahaminya. OTC merupakan satu singkatan yang bermakna bagi yang mengerti. Jika ketiga-tiga nilai diatas diamalkan, insyaAllah kejayaan menjadi milik anda. Dengan izin Allah jua.

Di sini saya akan cuba menafsirkan perkataan-perkataan tersebut. Saya yakin ramai yang keliru mengenai perkataan tersebut.

OTC

'ORK'
'Ork' di ertikan juga sebagai sabar dan seumpamanya.

'TEBENG'
Bermakna berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah, tidak mudah berputus asa.

'CARE'
' Care' membawa maksud, ambil berat, ambil tahu...etc

Fahami dan perhalusi.

Dalam apa jua sekalipun kita seharusnya 'ork' , tidak terburu-buru. Sentiasa tenang untuk menerbitkan kualiti yang bernilai tinggi. Sikap ini juga mencerminkan seorang yang berakhlak mulia dan terpuji. Memang susah untuk mempraktikkannya, tetapi pada masa yang sama kekuatan perlu dibina bukannya menunggu ianya terbina.

'Tebeng' juga merupakan elemen yang penting untuk berjaya. Seperti diatas, tebeng beerti berusaha bersungguh-sungguh.

" nk berjaya kena 'tebeng'," yang selalu cikgu tekankan semasa di bangku sekolah.

Usaha lebih, berkorban pun kena lebih. Ya 'TEBENG'...

Walaubagaimanapun, untuk mengamalkan kedua-dua elemen di atas kita haruslah terlebih dahulu menanamkan sifat 'care' dalam diri. Ambil berat, ambil tahu, peka pada keadaan sekeliling.

Sebagai seorang pelajar, perkara di atas menjadi sesuatu yang penting untuk menempa sebuah kejayaan. Wallahu'alam...

Doa senjata orang mukmin. Berdoalah selalu semoga Allah memberkati setiap apa yang kita lakukan, semoga Allah permudahkan urusan kita.

Perlu diingat, segala-galanya milik Allah. Hanya dengan izin Allah kita mampu miliki sebuah kejayaan yang diidamkan.


No comments:

Post a Comment