Friday, January 21, 2011

Kelebihan Istighfar

InsyaAllah dalam kesempatan dan sedikit ruang yang ada ni dapat kiranya kita mengingati anatara satu sama lain.
Mutakhir ini memang agak 'busy' dek kerja universiti yang dah bertimbun. Pahit untuk ditelan,.. dah x mau lapar dan dahaga terpaksa ditelan jua.CHeeeeewaahhh....hohoho.. Ya...itu lah tugas yang digalas sebagai seorang pelajar yang masih belajar dan kalau nk ikutkan belajar sampai mati pun tak habis..huhu
Namun begitu, se'busy' manapun kita marilah sama- sama kita saling ingat-mengingati sebagai saudara sesama Islam kerana Allah semata-mata. Nak menasihat atau memberi peringatan tak semestinya kena buat ceramah, tak semestinya semasa sesi kuliah, tak semestinya kita kena jadi ustaz/ustazah. Sambil borak-borak ngan kawan pun boleh dakwah. tak gitu?
"Agama itu mudah, tiada manusia yang menyusahkan kecuali dia binasa" Hadis riwayat Bukhari.

Firman Allah yang bermaksud: " Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." ( SURAH ADZ DZAARIYAAT, ayat ke 55)

Kelebihan Istighfar

Kata Sheikul Islam Ibn Taimiyah: "Tiada satu masalah yang mana aku menghadapinya lalu aku duduk beristighfar sebanyak-banyaknya kepada Allah melainkan Allah membuka jalan penyelesaian kepada diriku."

Satu ketika Imam Hassan Al-Basri telah ditanya tentang kekurangan rezeki, kekurangan anak dan pelbagai lagi masalah lain lalu dijawab dengan satu jawapan iaitu perbanyakkan istighfar kepada Allah.

Firman Allah dalam surah Nuh : Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun (istighfar) kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Diriwayatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal keluar merantau hingga lewat malam, selepas itu beliau terjumpa sebuah masjid lalu beliau ingin tumpang tidur di masjid itu tetapi dilarang oleh penjaga masjid khuatir orang lain tidur beramai-ramai di sekeliling masjid. Pada masa itu Imam Ahmad bin Hanbal sudah terkenal tetapi masih ramai orang tidak mengenalinya termasuklah penjaga masjid itu tadi. Setelah dihalau, dia terjumpa dengan seorang peniaga roti lalu peniaga itu mengajak Imam Ahmad untuk bermalam dirumahnya. Keadaan cuaca pada malam itu agak sejuk, dengan bahang yang digunakan untuk membakar roti membuatkan Imam Ahmad berasa selesa. Sewaktu membakar roti tersebut, Imam Ahmad melihatnya terkumat-kamit beristighfar kepada Allah. Lalu Imam Ahmad bertanya, "ada tak engkau memperoleh sesuatu semenjak engkau beristighfar ini?"
Jawab si peniaga roti itu," Alhamdulillah, aku tidak berdoa kepada Allah melainkan kesemua doaku dimakbulkan oleh Allah kecuali satu perkara"
Imam Ahmad bertanya apakah perkara itu?
Lalu dijawab oleh lelaki itu," aku selalu berdoa agar dipertemukan dengan Ahmad bin Hanbal.
Lalu Imam Ahmad menjawab ,sesunggunhya Allah telah memakbulkan doamu.
Lelaki itu bertanya mengapa?
Lalu Imam Ahmad menjawab, akulah lelaki itu.
(walaupun sanad cerita ini tidak sahih namun boleh dijadikan panduan. Ini adalah berdasarkan cerita-cerita yang telah dikemukakan, jelas menunjukkan Firman Allah dalam Surah Nuh tadi adalah Maha Benar).

ayuh sama-sama kita perbanyakkan istighfar,,..;)

Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya dengan mengingati Allah...
InsyaAllah hati akan nyaman, jiwa tenteram..(^.^)

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Sukmaku menjerit
    dalam kebisuan
    ku terdera oleh luka parah dosa-dosa...

    Antara dosa-dosa kita adalah kita telah meninggalkan da'wah. Berapa ramaikah lagi yang perlu terjun ke dalam lubang2 neraka sebelum sempat ditarik tangan2 mereka oleh kita. Selama mana lagi mahu kita duduk2 ketawa...

    Oh... sukmaku menjerit lagi
    kala parut disiat kembali...

    ReplyDelete
  2. oh...sukmaku menjerit juga..
    dalam kebisuan
    ku terdera juga oleh luka parah dosa-dosa...

    Saban hari masih begitu
    Da'wah ditinggal bagai kain buruk
    Konon tak mau jaga tepi kain orang
    Padahal Islam bukan begitu
    Yang salah kita tegur
    Yang x betul kita perbetul

    Sukmaku menjerit...

    ReplyDelete